Tuesday, November 29, 2011

ukuran dunia

salam and hello.

Rupa paras, kecantikan, dan kehenseman menjadi "benchmark" dalam semua perkara di dunia ini? Aku bukanlah prejudis terhadap ketidakadilan dunia yang hanya menjadikan rupa paras sebagai sebab untuk sesuatu perkara. tapi jika kau bersetuju dengan aku, cuba kita renungkan balik..

Aku dengan seorang teman sedang berwindow shopping di Jusco. Aku terpandang seorang gadis yang aku kategorikan mempunyai rupa paras yang menarik sedang makan bersama family nya di McD.. Seperti tajuk entri aku kali ini, rupa paras memang menjadi daya ukuran kerana lumrah manusia memang tertarik dengan perkara2 yang cantik. si gadis yang aku katakan cantik itu berjalan menggunakan tongkat ketika hendak bangun dari kerusinya dan...Ya Allah..dia hanya mempunyai satu kaki.. Aku terpaku terdiam tergamam.

Ya Allah.Aku bersyukur sifat aku sempurna dan mampu berjalan tanpa tongkat walaupun dari segi rupa gadis itu seratus kali  cantik berbanding aku...

No comments:

Post a Comment