Monday, March 19, 2012

bergembiralah wahai wanita di luar sana..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".  

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.  

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.  

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.  

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.  

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.  

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.  

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.  

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).  

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.  

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.  

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".  

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.  

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.  

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.  

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.  

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.  

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.  

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

i hate u

sounds harsh, kan?

itu baru sikit..tak setimpal langsung dengan apa yang terjadi kat hati aku ni..ada kau kisah?? memang..memang kau tak pernah kisah..thats why kau tak pernah kecundang dalam meyakiti hati aku..u know what? it has been a long time since u make me cry...

THANX FOR THE PAIN..

Thursday, March 8, 2012

stop pretending..

:: hai..

pernah tak korang jumpe orang yg berpura2 di hadapan semua orang, tapi orang lain yang menanggung akibat daripada perbuatan dia yang tak berperikemanusiaan tu? Sakit untuk ditelan tapi itulah realiti yang terpaksa kau hadapi..

aku bercakap berdasarkan pengalaman..aku tak tahu peribahasa apa yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas ni, tapi, apa yang aku boleh cakap, what goes around, comes around.. anyway, orang yg terdekat dgn aku yg buat perkara ni pada aku..What can i say? Best betul kena betray..Wahahaha..

anyway, thank you so much to those yang dah berjaya memijak2 hati aku..Kau rasa mungkin kau dah berjaya mengaburi mata orang lain dan mencampakkan hati aku ke dalam tong sampah, tapi kau lupa..Dosa yang kau buat pada Allah, Allah akan ampunkan, tapi dosa yang kau buat sesama hambaNya, Allah pun takkan tolong ampunkan dosa kau melainkan kau sendiri mintak maaf kat tuan punye badan..

Ahha! Am i going to forgive u? We''ll see..

Sunday, March 4, 2012

think positive?

:: hai..

think positive? easy to say but difficult to act..

hahah..this is the key point for almost successful person..bukan senang nak 'think positive'...frankly speaking, when u start to think positive, there will be a sudden negative element yg tibe2 berbisik kat telinga kau..ini aku la..hahaha...n the positive thinking akan hilang dibawa angin sepoi2 bahasa perancis.hahaha...

tapi, jgn putus asa untuk jd sumone yg positive thinker..there is always times for u to change...hehe..try hard..once kau berjaya, kau x akan menyesal untuk teruskan..if kau belum berjaya, sabar n teruskan..
aku bukan org yg bagus pun, tapi just same2 untuk kite renung2kan because,,,

jgn tengok sapa yg berkata2, tgk apa yg diperkatakannya..

Sunday, December 11, 2011

i really mean it



kerna ku tak mampu..hidup tanpa dia di sisiku...

* i really mean it...i do..

Wednesday, November 30, 2011

Maaf

Salam n Hello

Dengan meminta maaf, adakah masalah akan selesai, hati yang rabak boleh dijahit semula? Mungkin, tapi bentuk hati dah takkan sama macam asal. Hahahha..*gelak untuk menutup kesedihan diri sendiri*...Sedangkan nabi ampunkan umat..Anyway, aku bukan nabi and jangan samakan aku dengan nabi.. Hati aku tak sekudus hati nabi...

-i'm sorry-